Doa

DOA ISTERI UNTUK SANG SUAMI TERCINTA.

Ya ALLAH...
Ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan mental
Kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kuatkanlah semangatku menempuhi segala perintah Mu
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya ALLAH...
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Surga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadlu' akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya
Tetapi ya ALLAH...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk mengarungi segala kehendak Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Karuniakanlah aku kekuatan Mu untuk membetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan
Bimbinglah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya ALLAH...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilspan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku salah membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri, Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Ya ALLAH...
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya ALLAH...
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,
Ya ALLAH...
Ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan kehendak Mu
Kerana aku sadar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku lena dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku dalam taat kepada Mu
Kerana pendek akal ku mengarungi ujian Mu
Ya ALLAH Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, Ya Rabbal'alamin





Petua Islam Untuk Anak Menjadi Bijak

Petua Islam Untuk Anak Menjadi Bijak 

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau... memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali.

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

(Kredit kepada - Ensaiklopedia Petua Melayu Lama dan sahabat fb 97 Tuisyen Matematik)

Mohon jasa baik Tuan/Cik Puan tetamu Terapi Minda Juzq30 kongsi pengalaman dan pengetahuan anda berkaitan posting di atas..
Terima Kasih