Tuesday, December 31, 2013

Nak cantik tapi malas

Nak cantik tapi malas |Susah lah macam nie....

Saya tidak terkejut, boleh dikatakan sesetengah wanita 'malas' untuk tampil cantik. Cantik bukanlah dengan mengenakan solekan yang tebal, baju yang dramtik, cara jalan yang seksi namun cantikseseorang muslimah untuk terletak pada kerajinannya menjaga penampilan diri, juga sejauhmana beliau prihatin terhadap nikmat tubuh badan yang ALLAH anugerahkan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Masih ada persoalan yang dilontarkan ke peti mesej saya, "malasnya nak bancuh jamu pagi-pagi, malasnya nak minum jamu hari-hari, malasnya itu malasnya ini TAPI mahu cantik!"

Logiknya senang sahaja, ALLAH swt perintahkan hamba-hambaNYA solat wajib 5 waktu sehari semalam, kalau kita 'malas' bagaimana kesannya? Dosanya?

Rasulullah saw bersabda, punca segala penyakit ialah perut. Jika kita malas menjaganya, apa yang akan berlaku?

Malas itu sifat syaitan. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri dan rakan taulan agar buanglah sikap MALAS itu. Malas tidak akan menjadikan kita hamba yang bersyukur kepada nikmat-nikmat yang ALLAH swt berikan.



Ada kah ini anda ???
Nak cantik tapi malas |??? 
Susah lah macam nie...

??? 


Atau Anda seorang yang menjaga keterampilan seperti ini ?